Select Language

Tuesday, March 27, 2012

Hidup Sederhana

 

"Sederhana bukan berarti miskin, tapi kesederhanaan adalah kewajaran".



Kesederhanaan itu perlu dilihat sebagai etos kehidupan. Kesederhanaan bukan saja menjadi bahan intelektual, tapi harus dikembangkan sebagai praktek budaya yang senantiasa hidup dan berkembang. Kedinamikan budaya perlu seiring dengan nilai-nilai kemanusiaan yang sejati dan jika tanpanya harga diri manusia sebagai makhluk beradab dan bersusila tidak dapat dikekalkan.


Kesederhanaan, menurut istilah Arab berasal dari perkataan wasat dan dalam bahasa Inggeris ialah simplicity. Wasat boleh diertikan sebagai “jalan tengah”, “sederhana” dan tidak melampau atau berlebih-lebihan. Perkataan “simplicity” pula membawa maksud “tidak rumit”, “biasa”, “pertengahan” dan “mudah.” Walau bagaimanapun, pengertian sebagai “mudah” perlu kita gugurkan kerana ia boleh membawa kepada sikap acuh tak acuh atau “ambil mudah” . Ia membawa konotasi sikap sambil lewa ataupun “tidak kisah” sedangkan maksud sebenar kesederhanaan ialah mengambil tanggungjawab secara berhemah untuk menyelesaikan sesuatu perkara, termasuk memperkatakan mengenai nilai-nilai kemanusiaan.
Sederhana ini tidak bermakna berada di antara dua kelompok yang nyata berbeza, antara lemah dan kuat misalnya. Konsep sederhana dalam konteks berada di tengah-tengah dua perbezaan yang jelas tersebut seringkali dianggap sebagai neutral, mengambil unsur-unsur yang disukai antara kedua kelompok dan tidak mustahil bakal berakhir dengan kejanggalan sikap, yakni dipersonifikasikan sebagai lalang.

Menurut Jack Trout dan Steve Rankin, kesederhanaan adalah kecanggihan yang terhebat. Kesederhanaan akan membuatkan manusia boleh berfikir dalam nalar yang sihat. Kedua-dua orang pakar pemasaran dari Amerika Syarikat itu mencemuh kecanggihan teknologi, manusia semakin cenderung melakukan kerumitan. Atas semangat ingin dilihat lebih hebat dan gagah, manusia sering terjerumus ke dalam kancah kemelut dan kerumitan. Buku mereka The Power of Simplicity menjadi daya tarikan yang terbaik dalam bidang pemasaran. Walaupun sesetengah pihak menganggap sudah boleh dikelasifikasikan sebagai klasik, pemikiran Jack Trout dan Steve Rankin tetap mampu menepati rangka kerja dunia perniagaan, apatah lagi setelah kapitalisme-liberal semakin berantakan.

Edward de Bono tidak mahu ketinggalan ikut membincangkan konsep kesederhanaan dalam menentukan garis sempadan psikologi yang sehat. Bukunya, Simplicity (2006) banyak membantu manusia berfikir dan bertindak menggunakan akal yang sehat. Sebelum itu beliau terkenal dengan konsep pemikiran lateral dan literal berjaya memecahkan banyak persoalan yang selama ini menjadi kekusutan.

http://www.mindaaktif.net/?p=995

Anda sedang membaca artikel tentang Hidup Sederhana dan anda bisa menemukan artikel Hidup Sederhana ini dengan url http://hasyimustamin.blogspot.com/2012/03/kesederhanaan-etos-kehidupan-harmoni.html,anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya jika artikel Hidup Sederhana ini sangat bermanfaat bagi teman-teman anda,namun jangan lupa untuk meletakkan link Hidup Sederhana sumbernya.

No comments: